assalamualiakum..
selamat pagi...
semoga hari ini lebih baik dari semalam...
terasa "dalam hati ada taman"..hehehe
gatai nye~~~lalala
pernah terfikir untuk takkan kahwin..
tapi sejak akhir2 nh..terasa mcmnk kahwin jer (^__^)
target umur 25 tahun bru nak kahwin..
tpi cam gaya mcm tak sampai target 25 thun jer nh...
nak kahwin tapi,
ada masalah ler pulak..hummm
calon lelaki tak ada...
lau tak da clon nk kahwin cmne???..
ada tak sape2 yang nak voluntr jdi pasangan hidup...hehehe
da gatai sgt nak kahwin...
(gurau jerr)
agak2 nak kahwin dengan pasangan pilihan kita
or pasangan pilihan ibu bapa??
lau saya,nak plihan ibubapa..
tapi umi n abah da xda da..
so, nak suh kakak2 yang mencarinya...
bukan senang dalam keadaan metropolitan sekarang
untuk kita berjumpa dengan org yang sebaik-baik...
pilih ler seorang insan yang baik untuk dijadikan teman hidup
hanya 1 yang aku pegang
"aku bercinta bukan untuk hari ini dan esk
tapi aku bercinta untuk selama-lamanya"
cinta aku bukan lah semuadah ABC
cinta aku tidaklah semahal AMERIKA
cintaku tidaklah setinggi GUNUNG EVERST
cintaku tidaklah serendah TAPAK KAKI
cintaku tidaklah seluas LAUTAN
cinta aku tidaklah sekecil SEMUT,
tetapi cintaku adalah pinjaman dariNYA..
yang akan ku berikan kepada insan yang benar2 mencintaiku,
cintaku ini akan lahir dari hati yang tak mampu
diungkapkan dengan kata2..
hanya DIA yang mampu menilai cinta...
kesimpulan,
semua orang mempunyai keinginan untuk bernikah..
sape tak nak dengar lafaz yang tersangat mulia 2
"aku terima nikahnya.....dengan mas kahwin yang tersebut"
walaupun simple jer ayatnye tapi aku yakin ia banyak mengundang 1001 rasa
kpda sapa2 yang mendngarnya serta yang melalui nya...
perkara nikah kahwin nh bkan perkara mudah..
banyak tanggungjawab yang perlu di laksanakan...
espcially perempuan...
nak kna jga maruah diri,maruah suami dan juga maruah keluarga...
hidup seorang tak sama dengan hidup berdua..
hidup berdua banyak cabaran nya..
cabaran emosi..
untuk kahwin banyak ilmu yang perlu...
ilmu duniawi dan ilmu akhirat..
"JIKA AKU DITAKDIR UNTUK KAHWIN HARI INI"
buat imam ku,
terima kasih kerana sudi,
mengambil diriku yang serba kekurangan ini,
sebagai teman mu di dunia,
dan juga sebagai temanmu di syurga kelak...
imamku,
kehadiranmu umpama cahaya yang bakal hadir,
cahaya yang menyuluhku kearah seribu kebaikan,
di mana cahaya seorang suami kepada seorang istri,
cahaya yang akan membawa kita menghadapNYA...
suamiku,
tiada kata yang boleh ku ucapkan,
selain dari alhamdullah..
alhamdullh akhirnya aku dipertemukan dengan tulang rusukku,
semoga pertemuan ini membawa kita ke jalan yang diredhai..
untukmu,
jika diri ini terlalu leka dengan keasyikan dunia,
sedarkanlah diri ini,
jika diri ini melakukan kesilapan,
betulkanlah diri ini,
jika diri ini terpesong akidahnya,
perbaikilah diri ini,
jika diri ini tidak mampu membahagiakan dirimu,
tegurlah diriku ini...
demi kebahagiaan bersama,,
aku rela biarkan aku tak mampu...
jika hari ini aku ditakdirkan untuk bertemumu,
biarlah pertemuan ini yang pertama,
dan ia tidak akn menjadi pertemuan yang terakhir untuk kita,
selagi aku bergelar isteri buat imamku,
selagi nafasku,
selagi hidupku,
selagi imanku masih kuat,
dan selagi kasih sayang bersemi,
aku akan berkorban..
berkorban untuk si adam yg menjadi pelita hidupku...
my sis always say 'just be yourself"..and believe yourself..now, i know if you be yourself..you can make everything..
Monday, October 8, 2012
Friday, June 22, 2012
kejadian semalam
...............semoga dirahmati oleh-Nya.....
tibe2 rase diri macam nk kluar...
diniatkan untuk tenangkan fikiran...
tambh2 mira mia nk belanja...
heheheh
aku,mira,tirex n wani...
kami kuar jalan2...
pada mulanya..
kami bertolak tanpa melihat jam..
sampai dekat desasiswa tekun,azan berkumandang,..
niat dihati untuk teruskan perjalann ke sg nibong n
mencari masjid untk sembahyang...
tetpi niat dibatalkan..
akhirnya
kami mengambil keputusan untuk solat dulu..
selesai solat kami bergerak ke sg nibong...
cari tiket bus blik kampung...
smbil membali tiket aku pelajari sifat manusia..
jika difikirkan pada masa berkenaan..
ee knpa la lelaki nh..nk pksa kmi bli tiket dyorg...
n bila fikir blik
ooo...dy buat 2 smua sbb dy nk cri sesuap nasi untuk dimakan..
tkpe..even kami x bli pun...kami thu
rezeki allh untuk lelaki 2 msih ada...
hny perlu meminta dan berusaha..
tapi bukan dengan cara memaksa org..
tkut juga dengan perangai nya..
tapi aku tahu...
allah ada untuk aku...
dr sg nibong ke bayan baru...
mira belanja makan,..
banyak sangat...
nasi putih,tomyam,aym mango.kerabu magga,kailn ikn masin.telur bungkus..
dan air tembikai laici
makan sampai x igt dunia...kenyang yang teramat..
alhamdullh rezeki allah..
terima kasih kat mira mia coz blnja...
moga allh melimpahkn rezekimu...
macam2 gelagatmakn blh dilihat..macm2
kelakar,,.
bestnya kalau semua kawanku ada bersama2..
rindu saat makan bersama2..
banyak lgi kerenah yang terukir..
hahaha
jam da kul7..
time 2 nk g bank...bla fkir balik
alang2 da kul 7 baik tggu solat dulu...
kami berempat tanpa segan silu singgah di
masjid bayan baru untuk solat magrib...
ingat lagi kata sorg kawn aku
"baik jugak kita, jalan2 pun sggh solat kat masjd"
alhmdullh..allah bg kita peluang untuk beribadat kat dy..
allh x tgk kat pakaian kita...
tpi allh tgk atas hati kita..
seigat aku..
aku cakap "even kita macm nh..kita msih ada dy"
ya allah indah nya ciptaan kau..
masjid yang besar...
tpi hanya sedikit makmun...
dan hari inilah aku tahu...
ya allah...
terima kasih kerana temukan aku dengan kawan2ku sekrang nh...
yang banyak mengajar aku ke arah kebaikan
habis solat magrib.,
aku pandang ke kiri...
hanya ada 6 org termaksud aku
dan juga seorang mualaf...
mualaf
tanpa kelebihan pendengaran...
tanpa kelebihan percakapan...
dalam erti kata...
seorang yang bisu dan pekak..
tpi masih diberi peluang dari allah
untuk berada di jalan allah...
sesungguhnya engkaulah yang maha bijaksana
yang menciptakan segala yang ada di bumi ini...
dan mualaf itu,
membicarakan melalui mcg...
"THE TRUE RELIGION IS ISLAM"
lahir dari kalangan kristian dan beragama buddsh
sebelum memeluk agama islam...
ya allah..sesungguhnya
hidayah mu untuk sesiapa saja...
and i really proud with her...
her try the best to ISLAM...
try to pray..
learn to sollah...
dan terdetik didalam hatiku....
berikanlah aku sedikit hidayahmu agar aku mampu berjalan ke
arah kebaikan mu..
jangan biarkan aku teruskan hidup ini dengan
kekotoran...
dan
ya allah,
berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini...
kekuatan yang hakiki..
sememangnya...aku bukan lah seorang insan yang kuat,,.
Sunday, June 17, 2012
seandainya~~~
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.Saturday, May 12, 2012
my sweet 20
genap umurku 20 tahun..agak tua apabila kedengaran...huhu..tak kusangka,tak ku duga..kawan2 baik juga mengingati tarikh yang istimewa itu.....
| befday gurlzz :D |
| kek sya..ekkeke |
| tq my huby 4 angry bird kek :P thu2 je |
| my romate :s |
setahun bersama..kenangan yang banyak,walaupn di akhir sem tercetus kesilapan,tdak bersuara..tpi kenangan yang dicipta begitu bnyk..begitu indah..tq krna trun dan memeriahkan keadaan..syng tiha :)
| kwn2 yg hadir :n |
| acara yang wajib dilakukan..haha |
| mentor + idola |
| hasrul n kokdiang |
| kwan tercinta usm |
tq dekat smua...smoga pertemuan hari ini bukan pertemuan yang terakhir...4 tahun disini..universti sains malaysia...yang akan mencorakkan masa depan kita.disini kita berjumpa..dan disini juga kita smua akan berpisah..tpi perpisahan yang akan membawa segulung ijzah bersama-sama...kehadiran teman2 disisi amat bermakna...
Wednesday, May 9, 2012
PESANAN RASULULLAH KEPADA WANITA:
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)

Subscribe to:
Posts (Atom)