Saturday, May 12, 2012

my sweet 20


genap umurku 20 tahun..agak tua apabila kedengaran...huhu..tak kusangka,tak ku duga..kawan2 baik juga mengingati tarikh yang istimewa itu.....

befday gurlzz :D
open gym menjadi saksi umurku genap 20 tahun..da masuk puluhan upenye..haha...nur murni kena matang nh..tggalkn zaman keanak2an mu itu..ekekeke...insyalh..

kek sya..ekkeke
tq sgt2 kat my hubby coz tempah kek nh..tq sgt2..kek yg amat bermakna..sy suka..dan plg bez..kek nh sama cam bju yg sya pkai..hehehe..tq coz ssah pyah tempah kek nh yer..jasamu amat ku kenang...

tq my huby 4 angry bird kek :P
thu2 je
 sy sllu ckp yg sy suka angry bird..tapi sy xthu yg hubby sy mengerti mksd itu..kek yang amat bermakna..beautiful kek...agak2 next year ape la bear2 yg bru..hehe...nt blh wt permntaan u bfdy next year..tq b..walaupn ada keslpan tknkal..tpi bkan itu mksdmu...hahahahhaha :p

my romate :s

 setahun bersama..kenangan yang banyak,walaupn di akhir sem tercetus kesilapan,tdak bersuara..tpi kenangan yang dicipta begitu bnyk..begitu indah..tq krna trun dan memeriahkan keadaan..syng tiha :)

kwn2 yg hadir :n
 x sangka geng2 laki pun datng..trex,tha,madi,wani,mira,muni,taufit,khairuddin,amir,khairil,serol n kokdiang..tq datng walaupun x penh smbg...kenangan ber-12 xkan pernah dilupakan,.thnx a lot..love korg smua...cantik gambar nh..kenangan yang amat berharga dan tak ternilai walaupun hanya sekeping gambar..cantik dan hensem smuanya..

acara yang wajib dilakukan..haha
haha...gambar mentor dan menti...my classmte time mtrik..n bff dekat usm..sape sangkakn..nama nor amirah tp glamor dgn nama mira mia...yg mentor dy lak..norizatul fatihah...1 kmp,n 1 blok..tapi xkenal..bla jd romte kat sni bru kenal...huhuhu..

mentor + idola
wan nur athira dan nur murni...hahaha..aku mentor dan dy idola,,.ad scandl dgn hasrul...kahkhakah..tipu jer...wrak tapi giler2..baik n sll kte biar lah..

hasrul n kokdiang
 hasrul nih ler scndel wan nur athira,,.tpi jgn bmbg...hasrul nh bdak baik..lau ler jdi dgn trex kn bez..hehe..blh mkn nsi minyk free...huhuhu...kokdiang=hafiy...asal usul nme dy aku xthu...tpi yg pntg da berpunya,,

kwan tercinta usm
..trex..tiha..wani..mira..muni..madi..antara kawan baik di usm..kawan tika suka..kawan tika duka..susah senang kami bersama2 mengharungi perjalanan di universiti..


tq dekat smua...smoga pertemuan hari ini bukan pertemuan yang terakhir...4 tahun disini..universti sains malaysia...yang akan mencorakkan masa depan kita.disini kita berjumpa..dan disini juga kita smua akan berpisah..tpi perpisahan yang akan membawa segulung ijzah bersama-sama...kehadiran teman2 disisi amat bermakna...

Wednesday, May 9, 2012

PESANAN RASULULLAH KEPADA WANITA:

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)