Friday, June 22, 2012

kejadian semalam

...............semoga dirahmati oleh-Nya.....

tibe2 rase diri macam nk kluar...
diniatkan untuk tenangkan fikiran...
tambh2 mira mia nk belanja...
heheheh
aku,mira,tirex n wani...
kami kuar jalan2...
pada mulanya..
kami bertolak tanpa melihat jam..
sampai dekat desasiswa tekun,azan berkumandang,..
niat dihati untuk teruskan perjalann ke sg nibong n 
mencari masjid untk sembahyang...
tetpi niat dibatalkan..
akhirnya
kami mengambil keputusan untuk solat dulu..


selesai solat kami bergerak ke sg nibong...
cari tiket bus blik kampung...
smbil membali tiket aku pelajari sifat manusia..
jika difikirkan pada masa berkenaan..
ee knpa la lelaki nh..nk pksa kmi bli tiket dyorg...
n bila fikir blik
ooo...dy buat 2 smua sbb dy nk cri sesuap nasi untuk dimakan..
tkpe..even kami x bli pun...kami thu
rezeki allh untuk lelaki 2 msih ada...
hny perlu meminta dan berusaha..
tapi bukan dengan cara memaksa org..
tkut juga dengan perangai nya..
tapi aku tahu...
allah ada untuk aku...

dr sg nibong ke bayan baru...
mira belanja makan,..
banyak sangat...
nasi putih,tomyam,aym mango.kerabu magga,kailn ikn masin.telur bungkus..
dan air tembikai laici
makan sampai x igt dunia...kenyang yang teramat..
alhamdullh rezeki allah..
terima kasih kat mira mia coz blnja...
moga allh melimpahkn rezekimu...
macam2 gelagatmakn blh dilihat..macm2
kelakar,,.
bestnya kalau semua kawanku ada bersama2..
rindu saat makan bersama2..
banyak lgi kerenah yang terukir..

hahaha
jam da kul7..
time 2 nk g bank...bla fkir balik
alang2 da kul 7 baik tggu solat dulu...
kami berempat tanpa segan silu singgah di 
masjid bayan baru untuk solat magrib...
ingat lagi kata sorg kawn aku
"baik jugak kita, jalan2 pun sggh solat kat masjd"
alhmdullh..allah bg kita peluang untuk beribadat kat dy..
allh x tgk kat pakaian kita...
tpi allh tgk atas hati kita..
seigat aku..
aku cakap "even kita macm nh..kita msih ada dy"
ya allah indah nya ciptaan kau..
masjid yang besar...
tpi hanya sedikit makmun...
dan hari inilah aku tahu...
ya allah...
terima kasih kerana temukan aku dengan kawan2ku sekrang nh...
yang banyak mengajar aku ke arah kebaikan
habis solat magrib.,
aku pandang ke kiri...
hanya ada 6 org termaksud aku
dan juga seorang mualaf...

mualaf
tanpa kelebihan pendengaran...
tanpa kelebihan percakapan...
dalam erti kata...
seorang yang bisu dan pekak..
tpi masih diberi peluang dari allah
untuk berada di jalan allah...
sesungguhnya engkaulah yang maha bijaksana 
yang menciptakan segala yang ada di bumi ini...
dan mualaf itu,
membicarakan melalui mcg...
"THE TRUE RELIGION IS ISLAM"
lahir dari kalangan kristian dan beragama buddsh
sebelum memeluk agama islam...
ya allah..sesungguhnya
hidayah mu untuk sesiapa saja...
and i really proud with her...
her try the best to ISLAM...
try to pray..
learn to sollah...

dan terdetik didalam hatiku....
berikanlah aku sedikit hidayahmu agar aku mampu berjalan ke
arah kebaikan mu..
jangan biarkan aku teruskan hidup ini dengan
kekotoran...
dan
ya allah,
berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini...
kekuatan yang hakiki..
sememangnya...aku bukan lah seorang insan yang kuat,,.






Sunday, June 17, 2012

seandainya~~~




Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.